Majlis kahwin Putera Mateen pada Januari tahun depan

Majlis kahwin Putera Mateen pada Januari tahun depan

PUTERA Abdul Mateen Bolkiah akan bernikah dengan Dayang Anisha Rosnah Adam pada Januari tahun depan. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Pengiran Muda Putera Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari tahun depan.

Perkahwinan pasangan diraja itu diumumkan oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara. 

Lapor Borneo Bulletin, istiadat perkahwinan diraja itu bakal berlangsung selama lapan hari, bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.

“Acara itu diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari. 

“Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja akan berlangsung pada 9 Januari.

“Pada hari keempat iaitu 10 Januari akan berlangsung Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja,” jelas laporan itu.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja dijadualkan berlangsung pada 11 Januari.

“Acara diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari dan Majlis Persantapan Diraja pada keesokan harinya.

“Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga berlangsung pada 16 Januari,” jelas laporan.

Putera Mateen, 32, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Dayang Anisha merupakan cucu kepada penasihat khas kepada Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya