Mahkamah Korea Selatan larang tentera jalin hubungan sejenis

Mahkamah Korea Selatan larang anggota tentera jalin hubungan sejenis

ANGGOTA Komando Peperangan Khas Tentera Korea Selatan mengambil bahagian dalam latihan penyusupan maritim di kawasan perairan Yangyang.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mengekalkan undang-undang yang melarang hubungan sejenis dalam angkatan tentera negara itu.

Keputusan itu dibuat berdasarkan kemungkinan risiko kepada kesediaan tempur tentera namun dikritik oleh aktivis sebagai halangan untuk hak golongan gay.

Di bawah akta jenayah tentera negara itu, setiap anggota bakal berdepan hukuman penjara dua tahun jika didapati menjalin hubungan sejenis.

Undang-undang itu dirujuk ke mahkamah lebih empat kali namun dikekalkan sejak 2002.

Dalam keputusan yang dikeluarkan kelmarin, mahkamah berkata, tindakan membenarkan hubungan sejenis boleh menjejaskan disiplin dalam tentera dan menggugat keupayaan pertempuran setiap anggota.

Kumpulan hak asasi manusia menggesa mahkamah untuk membatalkan undang-undang tersebut yang dianggap lapuk dan buruk, selepas Mahkamah Agung tahun lalu membatalkan penggantungan hukuman penjara yang disabitkan terhadap dua anggota oleh mahkamah tentera kerana menjalin hubungan sesama jantina.

Aktivis berkata, undang-undang itu menyemarakkan keganasan, diskriminasi dan stigma negatif terhadap terhadap tentera gay.

“Kelulusan berterusan untuk menjenayahkan perbuatan sesama jantina secara suka sama suka dalam tentera Korea Selatan merupakan kemunduran yang mendukacitakan dalam perjuangan selama beberapa dekad untuk kesaksamaan di negara ini,” kata Penyelidik Asia Timur Amnesty International, Boram Jang.

Korea Selatan mempunyai salah satu tentera aktif terbesar di dunia, dengan semua lelaki yang berumur antara 18 hingga 28 tahun perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 18 bulan dalam pasukan tentera.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya