Lombong emas runtuh, sembilan pelombong maut di Zimbabwe - Utusan Malaysia

Lombong emas runtuh, sembilan pelombong maut di Zimbabwe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARARE: Seramai sembilan pelombong disahkan maut dalam kejadian lombong emas runtuh di Zimbabwe pada Jumaat.

Menteri Perlombongan Soda Zhemi berkata pelombong lain berjaya menyelamatkan diri, lapor Agensi Anadolu.

“Sejurus selepas runtuhan, 13 orang berjaya keluar dari lombong tanpa kecederaan,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Presiden Persekutuan Pelombong Zimbabwe, Henrietta Rushwaya, berkata empat mayat ditemukan pada Sabtu dan lima lagi masih terperangkap di bawah runtuhan.

Tragedi itu berlaku di Chegutu, lebih 100 kilometer ke barat Harare.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya