Lintasan Rafah dibuka semula, konvoi kemanusiaan dibenarkan masuk Gaza - Utusan Malaysia

Lintasan Rafah dibuka semula, konvoi kemanusiaan dibenarkan masuk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Lintasan Rafah di selatan Gaza-Mesir dibuka bagi membenarkan konvoi kemanusiaan memasuki Gaza pada Isnin.

Laporan agensi antarabangsa memaklumkan, Lintasan Rafah dibuka pada pukul 9 pagi waktu tempatan.

Ia sekali gus memberi harapan kepada rakyat Palestin di Gaza yang berdepan malapetaka kemanusiaan selepas rejim Zionis Israel menyekat bekalan air, elektrik, dan makanan memasuki Gaza sejak empat hari lalu.

Dilihat ratusan lori kontena membawa barangan makanan, perubatan serta keperluan memasuki Gaza, diikuti puluhan ambulans dari Mesir bagi membantu mangsa-mangsa yang cedera.

Mesir juga membenarkan warganegara asing termasuk Amerika Syarikat (AS) melintasi sempadan itu.

Ia selepas Mesir memberi tekanan kepada AS bahawa warganegaranya di Gaza tidak akan dibenarkan melintasi sempadan itu sekiranya rejim Zionis tidak menghentikan serangan udara ke atas bumi Gaza

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya