Lewiston jadi pekan mati, polis terus buru suspek tembakan rambang - Utusan Malaysia

Lewiston jadi pekan mati, polis terus buru suspek tembakan rambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEWISTON: Jalan-jalan di Lewiston di Maine bertukar sunyi sepi seakan pekan mati selepas dikejutkan dengan insiden tembakan rambang yang mengorbankan lebih 18 nyawa kelmarin.

Penduduk mengaku masih takut dan terkejut dengan kejadian berkenaan yang dilakukan suspek dikenal pasti sebagai Robert R. Card.

“Saya tidak pernah melihat keadaan yang sangat sunyi seperti ini.

“Walaupun ketika pandemik Covid-19, orang ramai masih berada di luar,” kata seorang penduduk, Peter Fertesky.

Menurut Arkib Keganasan Senjata, angka kematian akibat insiden tembakan rambang yang dilakukan Card hampir menyamai jumlah keseluruhan mangsa pembunuhan di negeri itu sepanjang tahun 2022.

Polis Maine melanjutkan operasi memburu Card selepas pasukan simpanan Tentera Amerika Syarikat (AS) gagal menemukan lelaki terbabit.

Menurut pegawai penguatkuasa, Card, 40, yang bekerja sebagai sarjan di pangkalan Rizab Tentera AS  diarahkan menjalani rawatan di fasiliti kesihatan mental pada musim panas.

Operasi mengesan Card yang dilakukan sebanyak dua kali di lokasi dipercayai kediamannya di Bowdoin turut disiarkan secara langsung di televisyen.

Tetapi episod itu berakhir tanpa sebarang tangkapan selepas pihak berkuasa meninggalkan tempat kejadian dua jam kemudian

Orang ramai masih digesa kekal berada di rumah masing-masing dengan beberapa premis perniagaan serta sekolah masih ditutup susulan faktor keselamatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya