Lelaki sanggup makan ikan tercemar demi konten

Lelaki sanggup makan ikan tercemar demi konten

TANGKAP layar ikan yang dicemari cacing pita. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Demi konten, seorang pencipta kandungan di Amerika Syarikat (AS) sanggup bertindak keterlaluan dengan memakan ikan yang dicemari cacing pita.

Nicola Kratka, 23, yang menggambarkan dirinya sebagai `peminat makanan pelik’ turut merakam aksi menjamu ikan tercemar itu dengan harapan menjadi tular dalam TikTok.

Lapor Oddity Central, pencipta kandungan dari Florida itu menangkap seekor ikan semasa memancing di sebuah tasik berhampiran kawasan itu.

“Daripada membuang ikan itu selepas menemukan cacing pita di dalamnya, Nicola memutuskan untuk menjamahnya walaupun mengetahui bahawa dia boleh dijangkiti bakteria.

“Selepas makan ikan dicemari itu, dia mula mengalami kesan seperti sakit perut, cirit birit, loya dan pening.

“Akhirnya, Nicola dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Dia juga diberi ubat untuk membunuh parasit,” jelas laporan itu.

Bagaimanapun, Nicola mengakui dia tidak pernah menyesal melakukan aksi jijik itu.

“Doktor memaklumkan saya mungkin dijangkiti cacing pita atau sejenis parasit.

“Saya mengalami cirit-birit yang teruk dan terpaksa ke bilik air tanpa henti.

“Namun, saya tidak menyesal melakukan aksi itu, saya akan terus menjamah makanan pelik selagi masih hidup,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya