Lelaki pura-pura sakit jantung kerana enggan bayar bil makan

Pura-pura sakit jantung untuk elak bayar bil makan

LELAKI berpura-pura diserang sakit jantung kerana mahu mengelak daripada membayar bil makanan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Seorang lelaki warga Lithuania ditahan di Sepanyol selepas didakwa berpura-pura diserang sakit jantung di kira-kira 20 restoran di seluruh negara.

Lapor Oddity Central, lelaki berusia 50 tahun itu berbuat demikian untuk mengelak daripada membayar bil makanan di premis makanan berkenaan.

Lelaki itu dilaporkan menipu sekurang-kurangnya 20 restoran kebanyakannya di wilayah Costa Blanca, dengan berlakon seolah-olah terkena serangan jantung.

“Selepas memesan makanan dan minuman, lelaki itu akan `berlakon’ memegang dadanya dan berpura-pura pengsan di atas lantai,” jelas laporan itu.

Penipuan itu berterusan sehingga seorang pemilik restoran menyedari perbuatan lelaki tersebut dan mula menyiasat, serta memberi amaran kepada premis makanan lain agar tidak terpengaruh dengan lakonan kononnya diserang sakit jantung.

Bulan lalu, lelaki itu dikatakan berada di restoran El Buen Comer di Alicante, menikmati makanan laut dan minuman alkohol sebelum dikenakan bil sebanyak 34.85 euro (RM174).

Lelaki itu memberitahu akan mendapatkan wang dari bilik hotelnya namun pekerja restoran tidak membenarkannya pergi sehingga dia berpura-pura diserang sakit jantung.

“Lakonan dia cukup baik, pelanggan itu berpura-pura pengsan dan rebah atas lantai,” kata pengurus El Buen Comer.

Pekerja restoran itu tidak menghubungi ambulans sebaliknya memanggil polis.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, lelaki tersebut tidak menyedari bahawa anggota berkenaan sudah mengenalinya daripada kejadian sama di restoran lain di Alicante.

Berdasarkan laporan media Sepanyol, lelaki itu agak terkenal dalam kalangan pemilik restoran di Costa Blanca.

Lelaki itu pertama kali dikesan berpura-pura diserang ‘sakit jantung’ di Alicante pada November 2022 dan sejak itu menjadi terkenal dengan rutin lakonan itu.

Beberapa pemilik restoran merancang untuk memfailkan aduan bersama yang boleh menyebabkan lelaki itu dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya