Lelaki maut ditembak pistol dibuang dalam beg sampah

Lelaki maut ditembak pistol dibuang dalam beg sampah

PEMUNGUT sampah maut akibat ditembak pistol. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Seorang pemungut sampah di Mexico meninggal dunia selepas ditembak sepucuk pistol yang dibuang ke dalam beg plastik sampah.

Kes jenayah membabitkan senjata api semakin berleluasa di Mexico sehingga ramai penduduk dikatakan membuang pistol berisi peluru ke dalam tong sampah yang dilihat boleh meragut nyawa pemungut sampah.

Lapor Oddity Central, kejadian itu berlaku berhampiran dewan bandar Rioverde di San Luis Potosi, Mexico pada 16 Oktober lalu.

Ketika kejadian, sekumpulan pekerja sedang melakukan kerja-kerja memungut sampah menggunakan lori di kawasan berkenaan.

“Seorang pekerja sedang memungut beg sampah lalu membuangnya ke dalam lori apabila secara tiba-tiba terkena tembakan.  

“Pekerja lain terkejut dan menyedari rakan sekerjanya terbaring dalam keadaan berlumuran darah di atas tanah.

“Mereka segera menghubungi ambulans dan mangsa kemudian dikejarkan ke hospital,” jelas laporan.

Lelaki berusia 40 tahun itu meninggal dunia akibat luka tembakan sejurus selepas dibawa ke Pusat Perubatan Rioverde.

Berdasarkan laporan akhbar El Universal, lelaki itu maut akibat terkena tembakan terlepas daripada pistol yang dibuang ke dalam beg sampah.

Dilaporkan, pihak berkuasa masih sedang menyiasat kes itu dengan harapan dapat mencari pemilik pistol tersebut untuk mengheret pihak berkenaan ke muka pengadilan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya