Lelaki makan hampir sekilogram cili terpedas dunia - Utusan Malaysia

Lelaki makan hampir sekilogram cili terpedas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Seorang lelaki dari Australia memegang Rekod Dunia Guinness selepas makan cili jenis Carolina Reaper terbanyak dalam satu masa.

Dalam cabaran itu, Gregory Barlow yang digelar sebagai Iron Guts berjaya makan sebanyak 160 biji cili Carolina Reaper atau seberat 953 gram.

Setakat ini, Carolina Reaper dilaporkan merupakan cili paling pedas di dunia.

Barlow dari Melbourne dikatakan tidak gemar makan cili api mahupun sos pedas, namun dia suka perhatian diraihnya sehingga sanggup merisikokan kesihatannya.

Selepas rasa terlalu pedas makan cili Carolina Reaper, Barlow menghubungi penganjur League of Fire yang menyenaraikan individu makan cili paling pedas di dunia dalam pelbagai kategori.

Satu daripada cabaran paling sukar dialami oleh mana-mana individu yang makan cili pedas adalah memakan Carolina Reaper terbanyak pada satu masa, namun Barlow meneruskan aksi itu dalam usaha mencipta rekod dunia.

“Saya mahu menjadi juara dunia. League of Fire menyatakan saya perlu membuktikan diri dengan melakukan cabaran kecil atau lebih banyak pertandingan sekiranya mahu memecahkan rekod.

“Cabaran itu mungkin akan menambah beberapa mata namun saya perlu melakukan banyak lagi.

“Jadi, saya melakukan cabaran terbesar dan luar biasa dengan memakan sebaldi cili paling pedas di dunia iaitu Carolina Reaper,” katanya.

Menurut Barlow, dia berjaya mengatasi rekod dicatatkan oleh warga Amerika Syarikat (AS) yang makan sebanyak 121 biji cili iaitu seberat 714 gram.

“Saya berasa kecewa tidak dapat makan sekilogram cili pedas kerana enggan menjejaskan usus,” katanya.

Cili Carolina Reaper dinilai pada purata 1.64 juta unit haba Scoville.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya