Lelaki ditahan lompat ke dalam kolam tugu peringatan tragedi 9/11

Lelaki ditahan lompat ke dalam kolam tugu peringatan tragedi 9/11

TANGKAP layar video menunjukkan aksi lelaki itu cuba berenang sebelum terjunam ke dalam kolam air di Tugu Peringatan Tragedi 11 September. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan selepas melompat ke dalam sebuah kawasan kolam air di Tugu Peringatan Tragedi 11 September di New York.

Lapor The Independent, Jabatan Polis New York (NYPD) memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang (waktu tempatan) pada Isnin lalu. 

Kata NYPD, lelaki itu melompat ke dalam North Pool yang terletak di bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Jelas polis, pasukan kecemasan bertindak menyelamatkan lelaki itu dan membawanya ke Hospital Bellevue untuk mendapatkan rawatan. 

Lelaki itu mengalami kecederaan di kakinya dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut NYPD, lelaki itu didakwa atas kesalahan jenayah dan menceroboh tanpa kebenaran.

Jelasnya, siasatan kejadian itu masih sedang berlangsung.

Beberapa rakaman video yang disiarkan di media sosial menunjukkan lelaki itu sedang berjalan ke arah bahagian tengah kolam air tugu peringatan itu sebelum melompat ke kawasan sedalam 9.14 meter.

Susulan kejadian itu, polis mengepung kawasan sekeliling Memorial Menara Utara  bagi menghalang orang lain memasuki tapak tugu peringatan itu.

Setakat ini, motif di sebalik perbuatan lelaki itu masih belum diketahui.

Menurut jurucakap Pihak Berkuasa Pelabuhan, lelaki itu dipercayai mengalami masalah gangguan emosi. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya