Lelaki didakwa buang ular sawa peliharaan bekas kekasih - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa buang ular sawa peliharaan bekas kekasih

SATU daripada ular sawa yang dibuang di kawasan pejalan kaki di Mount Street di New South Wales, Australia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Polis New South Wales mendakwa seorang lelaki yang bertindak membuang dua ekor ular sawa peliharaan bekas kekasihnya ke kawasan jalan raya di Coogee, di pinggir timur Sydney minggu lalu.

Dua ekor ular sepanjang 2.5 meter yang diberi nama Bagel dan Mango dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, selepas seorang wanita menyiarkan dalam kumpulan Facebook bahawa haiwan peliharaannya itu dibuang dalam keadaan marah oleh bekas kekasihnya semasa perpisahan mereka.

“Dia membuangnya di Mount Street, Coogee. Ular itu sudah dijinakkan dan tidak akan bertahan di alam liar. Saya sangat takut dengan keselamatan mereka, jadi tolong jika sesiapa melihat mereka beritahu saya,” kata wanita itu.

Polis mengesahkan seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan di balai polis Randwick dan didakwa dengan dua pertuduhan memusnahkan atau merosakkan harta benda.

“Ular-ular itu didakwa diletakkan di dalam kotak tidak bertutup di laluan pejalan kaki di hadapan premis di mana mereka tidak dapat dikesan kemudian.

“Pemilik ular, seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali suspek melaporkan kejadian tersebut kepada pegawai dari Komando Kawasan Polis Pantai Timur yang memulakan siasatan mengenai perkara itu,” jelas polis dipetik The Guardian.

Pengendali profesional reptilia, Sean Cade berkata, meninggalkan haiwan sedemikian berpotensi menyebarkan penyakit dan mencetus kebimbangan terhadap tahap ketahanan mereka terutama dalam keadaan iklim berbeza.

Jiran-jiran di kawasan itu dilaporkan turut membantu mencari ular sawa batik serta jenis albino itu dan Cade mencadangkan haiwan berkenaan mungkin berada sekitar 500 meter dari kawasan mereka dibuang kerana perlu mencari makanan atau air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya