Lebih 21 maut, bas terjunam dan terbakar di Itali - Utusan Malaysia

Lebih 21 maut, bas terjunam dan terbakar di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VENICE: Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk dua kanak-kanak maut manakala lebih 20 lagi cedera selepas bas yang dinaiki terjunam dari jambatan di Venice, Itali.

Datuk bandar, Luigi Brugnaro berkata, kemalangan dahsyat itu turut melibatkan pelancong asing dan mengejutkan komuniti setempat.

Pegawai kecemasan memaklumkan, antara yang maut termasuk pelancong Ukraine manakala agensi berita ANSA melaporkan kematian turut membabitkan warga Jerman dan Perancis.

“Tiga warga Ukraine, seorang warga Croatia, Jerman dan Perancis adalah antara yang cedera,” kata pegawai bandar.

Bas itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari pusat bersejarah Venice ke tapak perkhemahan apabila pemandunya hilang kawalan lalu merempuh penghadang jambatan dan terjunam berhampiran landasan kereta api sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan).

Bas berkenaan dilaporkan terbakar selepas terkena beberapa talian elektrik.

Menteri Dalam Negeri, Matteo Piantedosi berkata, faktor yang memburukkan nahas adalah gas metana menyebabkan api merebak dengan cepat.

Insiden itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Giorgia Meloni yang mahu siasatan segera dilakukan bagi mengetahui punca nahas.

Dalam pada itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Ketua Kesatuan Eropah, Ursula von der Leyen turut mengucapkan takziah.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Jerman berkata, kedutaannya di Rom sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Itali bagi mengesahkan warganya adalah antara mangsa terlibat.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya