Lebih 187,500 penduduk di Gaza hilang tempat tinggal

Lebih 187,500 penduduk di Gaza hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Lebih 187,500 orang dilaporkan kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza sejak serangan mengejut Hamas terhadap Israel pada Sabtu lalu mencetuskan serangan udara besar-besaran di wilayah itu.

Statistik itu didedahkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menerusi satu kenyataan.

“Jumlah perpindahan itu meningkat secara mendadak di seluruh Semenanjung Gaza iaitu mencecah lebih 187,500 sejak Sabtu lalu.

“Kebanyakan penduduk itu berlindung di sekolah di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Perpindahan baharu itu menambah kepada kira-kira 3,000 penduduk Palestin yang dipindahkan sebelum ini,” jelas kenyataan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya