LEWISTON: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan lebih 50 orang ceera dalam insiden tembakan besar-besaran di bandar Lewiston di Maine.
Polis Maine sebelum ini melaporkan terdapat penembak aktif dan Pejabat Syerif Daerah Androscoggin menyiarkan dua gambar suspek di Facebook, mengatakan dia masih bebas.
“Terdapat penembak aktif di Lewiston. Kami meminta orang ramai untuk berteduh di tempat selamat.
“Sila tinggal di dalam rumah anda dengan pintu terkunci. Penguatkuasa undang-undang sedang menyiasat di beberapa lokasi,” kata polis negeri Maine di platform media sosial X.
Syerif daerah meminta bantuan orang ramai mengenal pasti suspek yang digambarkan, seorang lelaki berjanggut berbaju lengan panjang dan berseluar jeans memegang senapang dalam posisi menembak.
The Sun Journal, memetik jurucakap polis Lewiston melaporkan, tembakan berlaku di tiga premis perniagaan berasingan di Sparetime Recreation, Restauran Schemengees Bar & Grille dan pusat pengedaran Walmart.