Lebih 130 orang pengsan masuk taman paling beracun di UK

Lebih 130 orang pengsan masuk taman paling beracun di UK

POISON Garden terletak di Istana Alnwick di Northumberland, UK.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Istana Alnwick di Northumberland menempatkan taman paling berbahaya di United Kingdom (UK) yang menjadi lokasi penyimpanan lebih seratus tumbuhan narkotik, bertoksik dan memabukkan.

Kawasan digelar Poison Garden itu turut menyimpan tumbuhan paling berbisa di dunia dipanggil Gympie Gympie yang dikatakan seperti asid panas jika terkena pada kulit.

Tumbuhan itu diletakkan di sebalik pagar besi hitam dan pelawat hanya boleh melangkah masuk dalam lawatan berpandu tetapi orang ramai dilarang sama sekali menghidu, menyentuh atau merasai sebarang tumbuhan.

Namun, amaran yang diberikan tidak menghalang kemalangan daripada berlaku ketika lawatan ke ‘taman beracun’ itu.

Dalam perkongsian di TikTok, penjaga taman itu mendedahkan terdapat lebih 130 orang yang pengsan, 11 lagi mengalami muntah-muntah dengan dua ambulans dipanggil sepanjang tahun ini.

Ketua Penjaga Poison Garden, John Knox berkata, sejak Januari, lebih 61,000 orang melawat taman itu dan kemungkinan untuk pengsan di Poison Garden adalah sekitar 0.02 peratus.

“Kami boleh mengambil 20 pelawat dalam satu masa untuk menyaksikan sendiri pelbagai tumbuhan beracun termasuk Hogweed gergasi yang boleh meninggalkan kesan lecur pada kulit jika disentuh dan Waterdrop Hemlock yang menyebabkan banyak kematian di UK berbanding tumbuhan lain.

“Menjadi tugas kami untuk memberitahu kebenaran tentang dunia racun dan peranan mengerikan yang dimainkan oleh beberapa tumbuhan ini dalam kes pembunuhan sebenar serta perkara yang mengerikan dalam sejarah,” jelas Knox.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya