Lebih 13 maut, kereta api bertembung di India - Utusan Malaysia

Lebih 13 maut, kereta api bertembung di India

PASUKAN penyelamat melihat lokasi kemalangan kereta api di daerah Vizianagaram di negeri Andhra Pradesh, India.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 27 lagi cedera selepas dua kereta api bertembung di tenggara India.

Pegawai kanan kereta api berkata, sebuah kereta api dalam perjalanan dari Visakhapatnam menghala ke Rayagada terhenti akibat kabel di bahagian atas terputus sebelum dilanggar oleh kereta api yang datang dari arah depan di daerah Vizianagaram di Andhra Pradesh.

Perlanggaran itu menyebabkan dua koc yang membawa lebih 90 orang tergelincir.

Kementerian Kereta Api berkata, kesilapan manusia mungkin mengakibatkan perlanggaran dua kereta api itu selepas satu daipadanya didakwa tersalah menghantar isyarat.

“Siasatan awal menunjukkan kesilapan manusia berlaku apabila terdapat kesalahan isyarat oleh kereta api yang tidak bergerak.

“Perlanggaran berlaku apabila kereta api sepatutnya berhenti di lampu merah tetapi terus bergerak.

“Operasi menyelamat dijalankan di lokasi kemalangan, dan semua yang cedera dikejarkan ke hospital,” kata Menteri Kereta Api, Ashwini Vaishnaw.

Perlanggaran tersebut berlaku hanya empat bulan selepas insiden ngeri di Odisha yang menyaksikan tiga kereta api berlanggar, menyebabkan 275 orang maut dan lebih 1,000 cedera.

Perdana Menteri India, Narendra Modi turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terbabit.

“Pihak berkuasa menyediakan semua bantuan yang mungkin kepada mereka yang terjejas. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang ditinggalkan dan mendoakan mereka yang cedera segera pulih,” katanya.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya