Lebih 1,000 maut akibat denggi di Bangladesh - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 maut akibat denggi di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Lebih 1,000 orang dilaporkan maut di Bangladesh akibat demam denggi sejak awal tahun ini,  rekod terburuk wabak penyakit bawaan nyamuk di negara itu.

Angka dari Direktorat Jenderal Perkhidmatan Kesihatan negara yang diterbitkan semalam mengatakan 1,006 orang meninggal dunia daripada lebih 200,000 kes yang disahkan.

Bekas pengarah agensi itu, Be-Nazir Ahmed berkata, jumlah kematian setakat tahun ini jauh lebih tinggi daripada gabungan kes sejak dua dekad lalu termasuk ketika Bangladesh pertama kali merekodkan wabak tersebut.

“Ia adalah insiden kesihatan yang besar, baik di Bangladesh dan di dunia,” tambahnya.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, bulan lalu wabak itu memberi tekanan besar kepada sistem kesihatan di Bangladesh.

Denggi adalah penyakit endemik di kawasan tropika yang menyebabkan demam panas, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot dan dalam kes lebih serius melibatkan pendarahan yang membawa maut

WHO memberi amaran bahawa denggi dan penyakit lain yang disebabkan oleh virus bawaan nyamuk seperti chikungunya, demam kuning dan Zika merebak lebih cepat dan lebih jauh disebabkan oleh perubahan iklim.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya