Laman web keluarga diraja Britain lumpuh kena serangan siber - Utusan Malaysia

Laman web keluarga diraja Britain lumpuh kena serangan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Laman sesawang keluarga diraja Britain lumpuh sementara akibat serangan siber pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik sumber Istana Buckingham.

Kehadiran kerabat diraja Britain di Internet menjadi sasaran serangan penafian perkhidmatan, apabila laman sesawang itu menerima permintaan daripada sejumlah besar komputer untuk melumpuhkannya.

Serangan itu yang berlaku pada waktu pagi, berjaya ditangkis oleh pakar IT, kata sumber itu dan laman sesawang royal.uk kembali pulih pada awal petang.

Menurut sumber, belum pernah berlaku laman sesawang dan kandungannya diserang sebelum ini.

Setakat ini belum dapat dipastikan dalang yang bertanggungjawab dalam serangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya