Kurang tenaga kerja, 75,000 petugas kesihatan AS mogok

Kurang tenaga kerja, 75,000 petugas kesihatan AS mogok

KKAKITANGAN Kaiser Permanente bersama ahli kesatuan yang mewakili pekerja menyertai piket di Los Angeles, California.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Puluhan ribu kakitangan penjagaan kesihatan di Amerika Syarikat (AS) menyertai mogok besar-besaran bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan isu kekurangan tenaga kerja sektor berkenaan yang dilihat semakin meruncing.

Lebih 75,000 pekerja organisasi penjagaan kesihatan bukan keuntungan, Kaiser Permanente dilaporkan memilih untuk tidak bekerja sejak kelmarin bagi menyertai mogok berkenaan.

“Para eksekutif Kaiser enggan mendengar kami dan dilihat tidak berunding dengan baik mengenai penyelesaian yang kami perlukan untuk menamatkan krisis kekurangan kakitangan Kaiser.

“Saya melihat kekecewaan pesakit saya apabila saya terpaksa menyegerakan rawatan mereka dan bergegas ke pesakit seterusnya. Itu bukan penjagaan yang saya mahu berikan.

“Kami membakar diri kami untuk melakukan semua kerja yang sepatutnya dibuat oleh dua atau tiga orang dengan pesakit kami menderita apabila mereka tidak mendapat penjagaan yang sepatutnya diterima kerana jumlah kakitangan Kaiser yang sangat terhad,” kata jururawat, Jessica Cruz yang bekerja di Pusat Perubatan Kaiser Los Angeles.

Perkhidmatan Kaiser Permanente di Washington, Virginia, California, Colorado dan Oregon dijangka terjejas akibat mogok selama tiga hari itu.

Dalam satu kenyataan rasmi, Kaiser Permanente berkata, pusat kesihatan badan itu akan terus dibuka tetapi memberi amaran akan terdapat waktu menunggu yang lebih lama daripada biasa akibat mogok tersebut.

Jurucakap Kaiser memberitahu wartawan bahawa perbincangan dengan kakitangan berhubung isu kekurangan kakitangan masih diteruskan.

“Beberapa persetujuan mengenai peruntukan khusus sudah dicapai” dengan Gabungan Kesatuan Kaiser Permanente. Perunding bersedia untuk bertemu sepanjang masa sehingga kami mencapai persetujuan yang adil dan saksama,” kata jurucakap badan itu

Kesatuan sekerja yang menyifatkan tindakan tersebut bakal menjadi menjadi mogok pekerja penjagaan kesihatan terbesar dalam sejarah AS, mendesak kenaikan gaji dan perlindungan terhadap subkontrak dan pengambilan sumber buruh luar.

Ahli kesatuan tersebut turut mengancam untuk terlibat dalam tindakan mogok selanjutnya pada bulan November jika Kaiser Permanente terus melakukan amalan buruh yang tidak adil.

Mogok sejak Rabu itu tercetus ketika AS menyaksikan tahap tindakan perindustrian yang luar biasa ketika pekerja bergelut dengan paras inflasi yang melonjak sepanjang tahun ini.

Harga yang lebih tinggi mengurangkan kuasa beli di seluruh negara, manakala peningkatan kecerdasan buatan (AI) menyebabkan kebimbangan mengenai peningkatan automasi pekerjaan dalam pelbagai sektor.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya