Kubur pahlawan Jepun berusia 1,400 tahun bawah parkir

Kubur pahlawan Jepun berusia 1,400 tahun bawah parkir kenderaan

KUBUR itu dipercayai milik pahlawan elit Jepun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah kubur milik pahlawan elit yang dipercayai berusia 1,400 tahun ditemukan di kawasan semak di tempat letak kereta di Jepun.

Lapor Mirror, kubur tersebut dijumpai ketika kawasan tempat letak kereta itu digali bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan pekarangan hotel dilaksanakan di Ikaruga.

Namun, memandangkan lokasi itu berhampiran Kuil Horyuji yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESCO), pakar memutuskan untuk menggali kawasan di tempat letak kereta terlebih dahulu.

Pasukan pakar menemukan banyak artifak lama termasuk barang kemas, pedang besi, anak panah dan periuk tanah liat yang berasal dari abad ke-6 Sebelum Masihi (SM).

Kesemua artifak ditemukan itu merupakan sebahagian daripada upacara pengebumian dikenali sebagai Kofun yang dikhaskan untuk golongan pemerintah, pahlawan dan bangsawan.

Kubur Kofun dibina antara pertengahan abad ketiga dan awal kurun ketujuh.

Sementara itu, pakar arkeologi dari Universiti Nara, Naohiro Toyoshima berkata, sebelum kerja penggalian, pihaknya mendapati banyak pokok kecil ditanam di dalam kubur tersebut.

“Kawasan ini dirancang untuk pembinaan pekarangan hotel, jadi saya perlu mengetahui sama ada ia merupakan kubur purba atau tidak.

“Pedang dan anak panah besi, tali kuda, tembikar serta manik rantai turut ditemukan dalam kubur itu,” katanya.

Menurut Naohiro, mayat pahlawan itu sudah `reput dan hilang’.

“Bagaimanapun, berdasarkan lokasi pedang itu diletakkan, kita boleh menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya dua orang dikebumikan di situ.

“Ia merupakan kubur penting, memandangkan ia dibina secara bebas dan ruang batunya besar, kami percaya ia milik individu tempatan yang berpengaruh.

“Kubur itu adalah kira-kira 500 tahun terlalu lama untuk menjadi samurai,” katanya.

Kubur seluas hampir empat meter panjang dengan lebar 1.6 meter dan kedalaman satu meter dikatakan tidak pernah dijarah, namun siling batu itu sudah rosak.

Naohiro percaya ia mungkin diselamatkan sebagai bahan binaan untuk Kuil Horyuji yang dibina pada abad ke-17 SM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya