Konflik Palestin-Israel: Tiga warga China maut

Konflik Palestin-Israel: Tiga warga China maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kementerian Luar China mengesahkan tiga rakyat negaranya terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pejuang Hamas dan tentera Israel.

Jurucakap kementerian itu, Wang Wenbin memaklumkan sejumlah warga China mengalami kecederaan dan dua lagi rakyatnya gagal dikesan.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang. Kami juga menyatakan simpati dan sokongan mangsa cedera,” katanya.

Jelas beliau, organisasi diplomatik China pada masa ini terlibat dalam usaha menyelaras operasi menyelamat dan rawatan mangsa cedera, selain membuat persiapan bagi mereka yang meninggal dunia.

“Kami menggesa pihak luar berusaha sepenuhnya mencari dan menyelamatkan orang yang tidak dapat dikesan.

“Mereka juga perlu mengambil semua langkah untuk menjaga keselamatan kakitangan dan organisasi China,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya