Konflik Palestin-Israel: AS pertingkat kedudukan tentera di Asia Barat

Konflik Palestin-Israel: AS pertingkat kedudukan tentera di Asia Barat

TENTERA Israel mengambil posisi di Kibbutz Beeri di sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Iran dan sekutunya terhadap sebarang serangan berikutan perang Israel dengan Hamas beberapa jam selepas Pentagon bergerak untuk meningkatkan kesiapsiagaan ketenteraan di rantau Asia Barat.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, Washington juga sudah mengarahkan kakitangan bukan kecemasan dan ahli keluarga mereka meninggalkan kedutaannya di Iraq.

“Kami bimbang dengan kemungkinan proksi Iran meningkatkan serangan mereka terhadap kakitangan dan rakyat kami.

“Tiada siapa yang harus mengambil kesempatan ketika ini untuk meningkatkan serangan ke Israel atau dalam hal ini, serangan ke atas kami dan kakitangan kami,” katanya.

Tindakan itu dibuat berikutan kebimbangan pejuang Hezbollah pro-Iran di selatan Lubnan atau kumpulan lain yang disokong Teheran mungkin campur tangan ketika konflik Israel dan Hamas semakin memuncak di Gaza.

Setiausaha Pertahanan, Llyod Austin dilaporkan mengarahkan pengaktifan sistem pertahanan udara dan memaklumkan pasukan tambahan bahawa mereka mungkin akan dikerahkan tidak lama lagi.

Austin berkata, beliau turut mengaktifkan penggunaan sistem antipeluru berpandu Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) dan batalion tambahan di seluruh wilayah Asia Barat.

“Akhirnya, saya meletakkan beberapa pasukan tambahan untuk bersiap sedia bagi melaksanakan perancangan luar jangka yang berhemat, selain meningkatkan kesediaan dan keupayaan mereka bertindak balas dengan cepat seperti yang diperlukan,” kata Austin.

Jabatan Negara turut mengumumkan versi kemas kini nasihat perjalanannya, memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Iraq. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya