Konflik Hamas-Israel: Trump kutuk Netanyahu, puji Hezbollah

Konflik Hamas-Israel: Trump kutuk Netanyahu, puji Hezbollah

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai tidak bersedia apabila kumpulan pejuang Hamas melancarkan serangan mengejut pada Sabtu lalu.

Trump yang mendahukui saingan untuk menjadi calon Republikan dalam Pilihan raya Presiden 2024 turut berpandangan Netanyahu ‘terkesan amat teruk’ ekoran serangan tersebut.

“Dia tidak bersedia dan israel tidak bersedia,” katanya kepada Fox News sehingga mengundang pelbagai kritikan dari dalam dan luar negara.

Bercakap kepada penyokongnya di Florida, Trump menyifatkan kumpulan pejuang hezbollah Luban yang disokong iran sebagai ‘sangat bijak’.

“Anda tahu, Hezbollah sangat bijak. Mereka semua amat bijak,” katanya.

Jurucakap White House, Andrew Bates menyifatkan komen itu sebagai ‘berbahaya dan tidak waras’, manakala beberapa pihak lawan Trump pula membidasnya kerana mengkritik sekutu Amerika Syarikat (AS) dalam waktu krisis ketika ini.

Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi pula menganggap kenyataan Trump menunjukkan beliau tidak boleh diharapkan.

“Amat memalukan bahawa lelaki seperti itu, seorang bekas Presiden AS, bersekongkol dengan propaganda serta menyebarkan perkara yang akan ‘melukakan’ semangat pejuang dan rakyat Israel,” kata Karhi kepada saluran berita Israel, Channel 13.

Dalam ucapannya, Trump juga mendedahkan untuk kali pertama bahawa Israel membuat keputusan saat akhir untuk tidak menyertai misi AS membunuh komander tentera Iran, Jeneral Qassem Soleimani yang maut di Iraq dalam serangan dron pada 3 Januari 2020 atas arahannya sebagai Presiden ketika itu.

Trump berkata, Israel memberitahu keputusan itu kepada AS pada malam sebelum operasi berkenaan, dan pegawai rejim Zionis tidak menjelaskan sebabnya.

“Saya tidak akan lupa yang Bibi Netanyahu menghampakan kita. Ia adalah perkara yang amat teruk,” katanya menggunakan nama panggilan Netanyahu.

Bagaimanapun pada petang semalam, Trump mengeluarkan kenyataan yang menekankan ‘tiada rakan atau sekutu Israel yang lebih baik berbanding ketika beliau menjadi Presiden AS.’ – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya