Kevin McCarthy disingkir sebagai Speaker Dewan Perwakilan AS

Kevin McCarthy disingkir sebagai Speaker Dewan Perwakilan AS

KEVIN MCCARTHY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Kevin McCarthy disingkirkan daripada jawatannya menerusi satu pengundian dijalankan dalam kalangan penggubal undang-undang.

Ia ekoran perbalahan melibatkan McCarthy dalam partinya sendiri dan cabaran berterusan dihadapi dari sayap kanan.

Lapor Al Jazeera, McCarthy dari Republikan dipecat daripada jawatannya selepas menerima 216 undi menyokong beliau disingkirkan berbanding 120 yang menentang.

McCarthy merupakan Speaker pertama disingkirkan menerusi usul yang dikemukakan perwakilan.

Usul untuk mengosongkan kerusi Speaker Dewan Perwakila dibuat Matt Gaetz, perwakilan dari Florida.

“McCarthy gagal menegaskan pendiriannya ketika ia diperlukan.

“Jadi, sekiranya beliau tidak mahu berbuat demikian, saya akan bertindak,” kata Gaetz dalam catatan di media sosial sebelum pengundian.

Pengundian itu mendedahkan pergolakan semakin meningkat dalam parti Republikan, dengan puak berhaluan kanan bersaing dengan McCarthy beberapa kali sejak beliau mula menjadi Speaker Dewan Perwakilan pada Januari lalu.

Setakat ini, tiada pilihan dibuat dalam parti untuk menggantikan beliau.

Dalam undian itu, lapan anggota Republikan mengundi menyingkirkan McCarthy bersama 208 wakil Demokrat, sekaligus menjejaskan peluangnya untuk memperoleh majoriti diperlukan bagi mengekalkan jawatannya.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre berkata, Presiden AS, Jos Biden berharap Dewan Perwakilan akan memilih Speaker baharu secepat mungkin bagi memastikan urusan kerajaan tidak tergendala.

Dilaporkan, McCarthy mengumumkan tidak akan bertanding semula bagi jawatan Speaker.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya