Kereta sport hibrid McLaren terbakar ketika pandu uji - Utusan Malaysia

Kereta sport hibrid McLaren terbakar ketika pandu uji

KERETA McLaren Artura terbakar semasa dibawa keluar untuk dipandu uji. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah kereta sport hibrid plug-in McLaren yang bernilai kira-kira 190,000 pound (RM1.09 juta) dilaporkan terbakar ketika sesi pandu uji kenderaan itu.

Lapor Daily Mail, kereta McLaren Artura terbakar semasa dibawa keluar untuk dipandu uji kira-kira 1.6 kilometer dari bilik pameran pengedar kenderaan berkenaan.

McLaren Artura merupakan kereta elektrik pertama dihasilkan oleh pengeluar supercar itu.

Beberapa gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan serpihan hangus kereta sport hibrid plug-in itu yang pernah ditarik balik di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini atas sebab risiko kebakaran.

Pasukan anggota bomba tiba di lokasi kebakaran di Pontefract Road di Stourton, Leeds kira-kira pukul 2.35 petang (waktu tempatan).

Jelas bomba, api berjaya dipadamkan kira-kira 30 minit kemudian, tanpa sebarang laporan kecederaan.

Difahamkan, kereta sport hibrid itu sedang dipandu uji oleh seorang pelanggan dan pekerja bilik pameran sebelum ia terbakar.

Kedua-dua individu itu berjaya melepaskan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

McLaren Artura boleh memecut hingga 96.5 kilometer sejam dalam masa 2.6 saat dan mencapai kelajuan maksimum 329 kilometer sejam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya