SINGAPURA: Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pertama Asia Tenggara yang dilancarkan secara rasmi di Indonesia kelmarin dijangka tidak memberi keuntungan yang besar.
Menurut pemerhati, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara itu, termasuk lokasi stesen yang jauh dan kos penyelenggaraan yang tinggi pada masa depan.
Felo kanan dan penyelaras bersama program Pengajian Indonesia di Institut ISEAS-Yusof Ishak berkata, projek itu perlu mempunyai pelan jangka panjang bagi mengelakkan ia ‘merugikan negara’.
“Bukan senang untuk HSR yang diberi nama Whoosh itu untuk bersaing dengan sistem pengangkutan lain kerana terdapat banyak pengangkutan yang boleh menghubungkan Jakarta dengan Bandung.
“Kerajaan perlu menarik minat masyarakat untuk menggunakan Whoosh dengan memberikan beberapa insentif menarik seperti menetapkan harga tiket yang berpatutan,” katanya.
Harga tiket kereta api itu ketika ini masih belum ditetapkan dan ia beroperasi secara percuma sehingga tengah bulan ini.
Berdasarkan laporan media tempatan, harga tiket kereta api itu dijangka bermula dari 250,000 hingga 300,000 rupiah (RM75 hingga RM90).
Namun, para pemerhati menjangkakan harga itu akan naik dalam masa akan datang.
“Memastikan harga tiket adalah berpatutan itu penting, namun pada masa yang sama, pengendali perlu memikirkan kos penyelenggaraan kerana projek ini mahal.
“Pengendali perlu memastikan mereka mampu menguruskan operasi dan kos penyelenggaraan dan tidak hanya bergantung kepada subsidi kerajaan,” ujar Dr. Negara.