Kembar menangis cari ibu maut ditembak di Siam Paragon - Utusan Malaysia

Kembar menangis cari ibu maut ditembak di Siam Paragon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Gambar pasangan kanak-kanak perempuan kembar berusia lima tahun yang menangis mencari ibu mereka yang mati ditembak remaja berusia 14 tahun di pusat membeli-belah Siam Paragon, meruntun hati netizen.

Som Doung, mangsa yang terselamat berkongsi detik-detik cemas semasa isiden itu di media sosial X berkata, kembar dari China itu menghampirinya untuk mencari ibu mereka yang hilang di pusat membeli-belah yang terkenal di Bangkok itu.

“Si kembar tidak menemui ibu mereka yang ditembak dan datang kepada saya untuk meminta mencarinya,” menurut ciapannya di gambar tersebut.

Wanita tempatan turut menyebut dia telah melakukan yang terbaik untuk membantu mereka, walapun ketika itu bateri telefon bimbitnya hanya tingga satu peratus dan pastinya sukar untuk meminta bantuan pihak lain.

“Kanak-kanak itu bertanyakan sama ada ibu mereka meninggal dunia, namun saya tidak menjawab soalan itu dan cuba menghiburkan mereka sambil memberitahu mereka ibunya hanya cedera akan menemui mereka nanti,” tambahnya.

Bagaimanapun, selepas itu pegawai polis memberitahu ibu kembar tersebut telah meninggal dunia akibat insiden tembakan terbabit.

Menurut laporan yang sama, pelancong China itu ditembak di kepala di tandas tingkat bawah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Saya rasa ingin menangis dan sangat sedih dengan nasib pasangan kembar itu,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya