Kegagalan memalukan perisikan Israel

Kegagalan memalukan perisikan Israel

TENTERA Israel berjalan di hadapan sebuah balai polis yang rosak semasa pertempuran dengan pejuang Hamas di Tel Aviv.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Serangan pejuang Hamas di Sempadan Gaza akan diingati dalam lipatan sejarah sebagai kegagalan terburuk perisikan Israel walaupun rejim zionis berusaha membalas dendam dengan bedilan dari udara dan darat di kawasan berkenaan.

KEGAGALAN PERISIKAN

Ketika Israel diserang hebat oleh pejuang Hamas yang menembusi sekatan di sekitar Gaza, ketua pertahanan rejim itu berdepan persoalan dan kritikan mengenai bagaimana situasi itu boleh berlaku.

Dalam tempoh beberapa jam, berpuluh-puluh pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas menembusi pagar sempadan ke selatan Israel, mengejutkan kedudukan tentera tempatan.

Lelaki bersenjata menculik dan membunuh warga Israel di komuniti sempadan selatan, merakam serangan mereka ketika mara di banyak lokasi.

Dalam satu kejadian, seorang wartawan televisyen Gaza menyampaikan laporan secara langsung di lokasi serangan dari dalam Israel yang turut disifatkan sebagai saat yang tidak dapat dilupakan.

Rakaman pasukan penyerang Hamas bergerak melalui jalan-jalan dalam komuniti seperti Sderot dan melepaskan tembakan ke arah kereta serta pejalan kaki bukan adegan yang biasa disaksikan oleh kebanyakan rakyat Israel.

Ini kerana pengawasan Israel terhadap masyarakat Palestin sangat canggih dan sangat invasif, dengan pemantauan aktiviti Hamas khususnya menjadi tugas paling penting dalam badan keselamatan rejim zionis.

Anggota kumpulan pejuang Palestin di penjara sentiasa menjadi sasaran usaha perisikan dan industri teknologi pengawasan Israel didakwa antara termaju di dunia seperti yang dibuktikan oleh skandal perisian pengintip Pegasus.

Namun dunia turut terkejut apabila kehebatan yang diuar-uarkan itu masih gagal menghidu serangan Hamas yang dilaporkan sudah dirancang lebih awal.

Serangan yang dilaporkan sehari selepas ulang tahun ke-50 perang Yom Kippur 1973 menyaksikan tentera Israel tidak berada dalam keadaan berjaga-jaga, malah kelihatan terkejut dengan serangan itu.

Bekas Ketua Majlis Keselamatan Negara Israel, Jeneral (B) Giora Eiland, berkata ia kelihatan agak serupa dengan apa yang berlaku 50 tahun lalu.

“Seperti yang kita lihat, Israel benar-benar terkejut dengan serangan yang diakui diselaras dengan sangat baik,” katanya pada taklimat bersama wartawan.

SERANGAN BALAS DENDAM

Video yang dirakam di Gaza menunjukkan skala kemusnahan yang teruk selepas dibedil tentera udara Israel sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas kelmarin.

Sebuah masjid dilihat musnah di Khan Yunis di selatan Genting Gaza, manakala beberapa bangunan besar turut kelihatan runtuhan di Bandar Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengerahkan rekrut besar-besaran tentera melalui serangan udara yang sengit ke atas Gaza dan dilaporkan merancang operasi darat yang lebih membimbangkan.

Hamas dilaporkan menyeru rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur untuk menyahut seruan mereka menyertai perjuangan ‘menyapu bersih’ pendudukan Israel.

Israel juga dilihat mahu menggunakan potensi untuk perang yang lebih terbuka dengan senario terburuk boleh menarik kumpulan pejuang Hezbollah di Lubnan.

Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari berkata, semua penduduk yang tinggal di bandar berhampiran pagar sempadan Gaza akan dipindahkan

“Kami akan sampai ke setiap bandar sehingga kami membunuh setiap pengganas dalam parameter Israel,” katanya.-REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya