Kasut berusia 6,000 tahun ditemukan di Sepanyol

Kasut berusia 6,000 tahun ditemukan di Sepanyol

KASUT itu ditemukan dalam sebuah gua kelawar di Sepanyol. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang kasut dipercayai berusia lebih 6,000 tahun ditemukan dalam sebuah gua kelawar di Sepanyol.    

Lapor Daily Mail, kasut yang dikatakan tertua di Eropah itu dijumpai dalam keadaan terpelihara dengan baik.

Pasukan saintis menganalisis sandal prasejarah itu yang ditemukan bersama dengan bakul tenunan dan artifak kayu. 

Penemuan itu mendedahkan kemahiran dan kraf nenek moyang zaman neolitik.

Kasut tertua itu merupakan sandal ditenun daripada gentian dikenali sebagai rumput esparto yang mempunyai persamaan ketara dengan kasut Espadrille masa kini.

Penemuan itu lebih lama berbanding kasut kulit berusia 5,500 tahun yang ditemukan di Armenia pada tahun 2008.

Analisis pentarikhan karbon mendedahkan koleksi artifak itu berusia kira-kira 2,000 tahun lebih lama berbanding dianggarkan sebelum ini.

Pasukan penyelidik mendapati sejumlah daripada 76 objek dicipta kira-kira 9,500 tahun lalu.

Ia sekaligus menjadikan bukti langsung pertama penghasilan bakul dalam kalangan masyarakat awal pemburu-pengumpul.

Kasut dan artifak lain ditemukan dari Cueva de los Murcielagos di Andalucia, gua kelawar yang mana ruang kubur dijumpai oleh pelombong pada abad ke-19. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya