Kanak-kanak perempuan tercicir sekolah akibat kos sara hidup

Krisis kos sara hidup: Kanak-kanak perempuan di Afrika tercicir sekolah

KANAK-KANAK perempuan yang belajar di sebuah sekolah terletak di Accra, Ghana. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Kerajaan dan penderma perlu menggandakan usaha untuk menggalakkan kanak-kanak perempuan dan gadis kembali semula ke sekolah di seluruh Afrika.

Menurut pertubuhan amal Camfed, langkah itu harus dilakukan ekoran krisis kos sara hidup menyebabkan ramai gadis tercicir persekolahan dan memilih berkahwin awal atau bekerja dengan tawaran gaji rendah.

Lapor The Guardian, Camfed yang beroperasi di lima negara Afrika menyatakan model kerjasamanya membuktikan langkah itu mampu dicapai.

Justeru, Camfed menggesa satu pelan hala tuju strategik selama enam tahun diwujudkan bagi menggalakkan kira-kira enam juta kanak-kanak perempuan kembali semula ke sekolah.       

Malah, Pengerusi Camfed, Angelina Murimirwa turut berharap dapat meningkatkan jumlah peruntukan yang dicadangkan sebanyak AS$414 juta (RM1.98 bilion) untuk menangani masalah tersebut.

Pandemik Covid-19 dan peningkatan kos sara hidup sepanjang 18 bulan lalu menyebabkan ramai kanak-kanak tidak  bersekolah sekali gus mengehadkan peluang mereka mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yang tinggi.  

Dilaporkan, sokongan pendidikan yang diberikan di Ghana, Malawi, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe selama tiga dekad membantu hampir 1.8 juta kanak-kanak perempuan menyambung persekolahan peringkat menengah selain 6.4 juta pelajar lelaki dan perempuan kembali ke sekolah rendah serta menengah.    

Oleh itu, Murimirwa berkata, pihaknya mahu menyokong tambahan lima juta kanak-kanak perempuan kembali ke sekolah menengah menjelang akhir tahun 2029.  

“Kami juga mahu membantu wanita dari kumpulan terdahulu membabitkan diri dalam pekerjaan dan kepimpinan,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama Camfed dengan kira-kira 7,000 sekolah kerajaan berjaya meningkatkan bilangan kanak-kanak perempuan yang menamatkan pengajian mereka.

Jelasnya, jumlah itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kanak-kanak perempuan di sekolah lain.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya