Kalimantan Tengah isytihar darurat 10 hari akibat jerebu tebal - Utusan Malaysia

Kalimantan Tengah isytihar darurat 10 hari akibat jerebu tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa di Kalimantan Tengah, Indonesia mengisytiharkan darurat selama 10 hari mulai hari ini, berikutan pencemaran udara yang teruk hingga mengurangkan jarak penglihatan akibat kebakaran hutan dan tanah yang berterusan, kata Gabenor H. Sugianto Sabran.

Beliau berkata, indeks pencemaran udara mencapai tahap berbahaya pada 3 Oktober, dengan jarak penglihatan menurun kepada kurang daripada 1,500 meter pada 2 Oktober akibat asap tebal.

“Data yang dikumpul dari 1 Januari hingga 2 Oktober menunjukkan sejumlah 38,104 titik panas yang dikesan di rantau ini.

“Ini telah menyebabkan 3,230 kejadian kebakaran hutan dan tanah, manakala usaha memadam kebakaran setakat ini mencecah 9,137 hektar tanah,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi menangani isu ini, pihak berkuasa telah memperuntukkan sebanyak 110 bilion rupiah, untuk mempergiatkan operasi memadam kebakaran dan menyediakan perkhidmatan kesihatan bergerak kepada penduduk yang terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya