Jokowi tepis dakwaan wujudkan 'dinasti politik' - Utusan Malaysia

Jokowi tepis dakwaan wujudkan ‘dinasti politik’

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo, yang akan menamatkan penggalnya tahun depan, pada Jumaat (13 Okt) menepis soalan mengenai kritikan yang semakin lantang menuduh beliau sedang membangunkan sebuah dinasti politik, dengan menegaskan bahawa pemilihan pemimpin harus diserahkan kepada rakyat negara itu.

Jokowi akan menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober tahun depan. Namun, pelantikan anggota keluarga dan saudara-mara untuk menyandang pelbagai jawatan politik ketika pilihan raya pada 14 Februari depan semakin hampir telah menimbulkan tanda tanya di negara tersebut.

Apabila ditanya tentang pandangannya terhadap dinasti politik, Jokowi setakat memberitahu pada wartawan, ‘serahkan kepada rakyat’.

Jokowi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Bulan lalu, anak bongsunya Kaesang Pangarep, dilantik sebagai ketua sebuah parti belia beberapa hari selepas beliau menyertainya. Manakala menantunya, Bobby Nasution, adalah Datuk Bandar Medan.

Anak sulungnya, Gibran Rakabuming Raka, adalah Datuk Bandar Solo dan disebut-sebut sebagai calon naib presiden bagi pesaing jawatan presiden seterusnya, iaitu mantan komander pasukan khas tentera, Prabowo Subianto.

Indonesia mempunyai rekod dinasti politik.

Anak perempuan presiden pertama Indonesia, Sukarno, iaitu Megawati Sukarnoputri, pernah berkhidmat sebagai presiden dan mengetuai parti terbesar di parlimen. Anak perempuannya pula, Puan Maharani, adalah Speaker Dewan.

Perlumbaan untuk memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu didominasi oleh tiga individu: Prabowo, yang mendahului tinjauan pendapat, mantan Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo, dan mantan Gabenor Jakarta Anies Baswedan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya