Jokowi rasmi HSR pertama Asia Tenggara, berkelajuan lebih 350kmj

Jokowi rasmi HSR pertama Asia Tenggara, berkelajuan lebih 350kmj

JOKO Widodo berharap perkhidmatan HSR pertama Asia Tenggara itu mampu mengurangkan kesesakan trafik di bandar-bandar utama. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) merasmikan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pertama di Asia Tenggara yang menghubungkan Jakarta sehingga Bandung.

Katanya, projek tersebut menjadi ‘daya penarik’ terbaharu untuk golongan pelabur menjadikan Indonesia sebagai destinasi perniagaan mereka.

“Kereta api ini diberi nama Whoosh, sepadan dengan kelajuannya yang mencapai 350 kilometer sejam.

“Saya harap, orang ramai menggunakan pengangkutan ini supaya kegiatan mereka dapat dipermudahkan,” kata Jokowi.

Kementerian Pengangkutan Indonesia sebelum itu meluluskan permit operasi untuk projek berkenaan.

Projek tertunda yang bernilai bilion dolar itu disokong China, selain perkhidmatannya dapat mengurangkan masa perjalanan antara Jakarta dengan bandar utama lain.

Menterinya, Budi Karya Sumadi, berkata perkhidmatan HSR itu sudah melepasi syarat kebolehlaksanaan operasi dengan kelulusan permit tersebut.

“Alhamdulillah semua ujian dan pensijilan sudah dijalankan supaya kita dapat mengeluarkan permit operasi bagi membolehkan HSR menjalankan operasi komersialnya tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Kereta api peluru buatan China itu dibina untuk membawa lebih 600 orang pergi dan balik dari Jakarta dan Bandung dalam masa 45 minit dan adalah sebahagian daripada inisiatif infrastruktur Jalur dan Jalan China.

Ia boleh mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer sejam dan menelan belanja usaha sama China-Indonesia lebih AS$7 bilion (RM32.86 bilion) untuk dibina.

HSR membabitkan laluan sejauh 142.3 kilometer dengan 13 terowong dan mempunyai empat stesen iaitu Halim, Karawang, Padalarang dan Tegalluar.

Terdahulu, Budi Karya berkata, perkhidmatan HSR akan dijalankan secara berperingkat sebelum operasi menyeluruh membabitkan 68 perjalanan sehari.

“Kita turut menyediakan rel pengantara bagi memudahkan penumpang HSR sampai ke Kota Bandung dari Stesen Padalarang.

“Operasi secara berperingkat ini dijalankan bagi membolehkan pengendali menyesuaikan dan memaksimumkan perkhidmatan HSR” katanya.

Beliau berkata, bagi pelaksanaan operasi awal orang ramai akan dapat menikmati diskaun harga tiket bagi menarik minat mereka menggunakan pengangkutan awam itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya