Jokowi mahu pencen selepas penggal perkhimatan tamat Oktober 2024

Jokowi mahu pencen selepas penggal perkhimatan tamat Oktober 2024

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) memaklumkan beliau enggan menjadi Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) menggantikan tempat Megawati Soekarnoputri.

Jokowi berkata, beliau mahu pulang ke kampung halamannya di Solo, Jawa Tengah dan berpencen selepas penggal perkhidmatannya tamat pada Oktober 2024.

“Saya mahu pencen dan pulang ke Solo. Saya tidak mahu jadi ketua umum PDIP.

“Masih ramai calon lebih muda yang boleh jadi pemimpin parti itu. Saya mahu berehat,” katanya.

Anak lelaki Presiden Pertama Indonesia Soekarno, Guntur Soekarnoputra sebelum ini menyatakan terdapat kemungkinan Jokowi akan menjadi ketua umum PDIP yang seterusnya.

Guntur memaklumkan, Megawati bakal menjadi ketua dewan pembina apabila Jokowi menjadi ketua umum.

Jelasnya, pandangan dan pemikiran luas Jokowi dalam geopolitik global sesuai dengan prinsip-prinsip Bung Karno.

“Jokowi berkemungkinan besar menjadi ketua umum PDIP selepas ini kerana beliau yang paling layak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya