Jerebu jingga bakal landa New York sekali lagi

Jerebu jingga bakal landa New York sekali lagi

PEMANDANGAN langit bandar New York pada Ahad lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Asap dari kebakaran hutan di Kanada dijangka sekali lagi melanda bandar New York sehingga ibu kota Amerika Syarikat (AS) itu diselubungi jerebu jingga.

Situasi itu berlaku beberapa bulan selepas jerebu jingga menyelubungi kawasan berkenaan dengan mencatatkan bacaan udara tidak sihat.

Lapor Daily Mail, pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk untuk menjangkakan keadaan berjerebu, dengan menyatakan angin dari bahagian utara mungkin akan membawa kepulan asap kembali ke rantau itu.

Pakar kaji cuaca juga memberi amaran asap dijangka kekal di atas permukaan sehingga mengakibatkan jerebu serupa melanda New York pada Jun lalu.

Meskipun saintis menyatakan asap itu dijangka mencetuskan sedikit jerebu kali ini.

Namun, para pegawai menegaskan orang ramai khususnya golongan rentan perlu mengambil perhatian kerana tahap kualiti udara dijangka mencecah baik dalam kategori `sederhana’.

Datuk Bandar Eric Adams menerusi hantaran di media sosial memaklumkan penduduk New York mungkin akan menyaksikan langit berjerebu pada waktu pagi dan sepanjang hari esok.

Katanya, pasukannya sedang memantau asap kebakaran dari Kanada yang mungkin melalui kawasan `Tri-state’ ketika api terus marak di seluruh Wilayah Barat Laut.

Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menerusi kenyataan memaklumkan asap pada altitud tinggi mungkin kelihatan di bahagian bawah memandangkan kebakaran hutan di Kanada terus mencetuskan beberapa kesan asap di negeri New York.

Menurut agensi itu, bagi bahagian timur dan utara, keadaan berkaitan dengan pernafasan akan menjadi lebih optimum walaupun tahap kualiti udara Upstate masih cukup lemah untuk menjamin penarafan `sederhana’.

Amaran sedemikian terutamanya di bandar bakal menyaksikan rakyat yang mempunyai komplikasi kesihatan mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka disebabkan bacaan kualiti udara diramalkan bakal mencecah 60.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya