Israel tidak henti serang sehingga Hamas keluar dari Gaza

Israel tidak henti serang sehingga Hamas keluar dari Gaza

ORANG ramai membantu seorang lelaki warga emas yang tidak mampu berjalan selepas Israel melancarkan serangan udara di selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Menteri Risikan Israel, Gila Gamliel menegaskan kerajaan Israel tidak akan berhenti menyerang Semenanjung Gaza sehingga kumpulan pejuang Hamas meninggalkan wilayah itu.

Bercakap dalam program Newshour terbitan BBC World Service, Gamliel berkata, tindakan Israel menyerang kawasan Palestin adalah sebagai pertahanan dan menjaga keselamatan penduduk Israel.

Gamliel juga mengakui pihak berkuasa Israel gagal melindungi penduduk wilayah itu ketika Hamas melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu hingga meragut banyak nyawa.

Malah, ada dalam kalangan mereka masih dijadikan tebusan oleh Hamas di Gaza.

Namun, Gamliel menegaskan, kesilapan tersebut akan ‘ditebus dengan menyerang Gaza dan Hamas’.

“Kami akan meminta maaf kepada semua penduduk yang terlibat selepas kami kalahkan musuh kami dan Hamas keluar dari Gaza,” katanya.

Konflik Hamas dan Israel ketika ini meragut sekurang-kurangnya 2,750 di Gaza dengan lebih 9,000 cedera.

Keadaan di Gaza dilaporkan amat kritikal dengan banyak kemusnahan infrastruktur, selain bekalan asas juga semakin habis.

Komuniti antarabangsa ketika ini menggesa Hamas dan israel melancarkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak nyawa menjadi korban.

Kenyataan Gamliel itu mengulangi pendirian tegas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini yang mahu menghancurkan semua pejuang Hamas.

Netanyahu berikrar untuk memastikan Gaza menjadi ‘padang jarak, padang tekukur’ dengan melakukan serangan darat besar-besaran.

Bagi mencapai matlamat itu, Zionis mengarahkan penduduk di utara Gaza berpindah ke selatan wilayah berkenaan.

Namun, sehingga kini, serangan darat itu masih belum dilakukan berikutan mendapat banyak tentangan daripada pemimpin dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya