Israel serang Hezbollah di Lubnan - Utusan Malaysia

Israel serang Hezbollah di Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel melancarkan serangan semalaman ke atas sasaran Hezbollah di Lubnan, menurut tentera Israel dalam satu kenyataan awal hari ini.

“Tentera Israel menyerang sasaran tentera Hezbollah di wilayah Lubnan,” katanya.

Sejak permulaan perang yang dicetuskan oleh serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober, pertempuran di sempadan Israel-Lubnan menyebabkan kira-kira 10 orang terbunuh di pihak Lubnan, kebanyakannya pejuang selain seorang wartawan Reuters dan dua orang awam.

Di pihak Israel, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh.

Masyarakat antarabangsa khuatir akan meningkatnya konflik antara Hezbollah Lubnan pro-Iran, sekutu Hamas, dan tentera Israel.

Israel mula memindahkan ribuan penduduk di 28 lokasi di utara negara itu selepas pertempuran sempadan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya