Israel putuskan bekalan elektrik, bahan api dan barangan ke Gaza

Israel putuskan bekalan elektrik, bahan api dan barangan ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Majlis Keselamatan Israel memutuskan untuk menghentikan bekalan elektrik, bahan api dan barangan ke Gaza.

Lapor Al Jazeera, majlis keselamatan menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya juga meluluskan beberapa tindakan yang mampu menjejaskan keupayaan pasukan tentera dan kerajaan Hamas.

Terdahulu, Israel melancarkan serangan udara baharu di Semenanjung Gaza pada awal pagi di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat.

Peningkatan ketegangan itu disebabkan serangan balas pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas pada pagi semalam susulan pencerobohan rejim Israel di Palestin.

Sementara itu, BBC melaporkan beberapa media tempatan memetik kenyataan pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu turut mengesahkan bekalan elektrik, bahan api dan barangan tidak akan disalurkan ke Gaza.

Dilaporkan, penduduk Gaza bergelap tanpa elektrik sejak semalam selepas pihak berkuasa Israel memutuskan bekalan tersebut ke wilayah berkenaan.

Bersama Mesir, Israel menyekat Semenanjung Gaza sejak tahun 2007 atas alasan keselamatan.

Israel mengawal ruang udara Gaza dan garisan pantai, selain menyekat individu dan barangan yang masuk keluar melalui lintasan sempadannya.

Begitu juga, Mesir mengawal individu yang keluar masuk melalui sempadan negaranya dengan Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya