Israel mula ditekan henti keganasan 

Israel mula ditekan henti keganasan 

PENDUDUK mencari mayat dan mangsa terselamat di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Ketika perang antara Palestin dan Israel semakin memuncak beberapa pihak termasuk sekutu Israel mula mengecam wilayah haram itu selepas tidak bersetuju dengan serangan melampau dilakukan oleh tentera zionis di Gaza.

Menurut Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, apa yang berlaku di Gaza ketika ini tidak boleh boleh dinilai secara berat sebelah.

Sebaliknya, kata beliau, semua aspek harus diteliti.

Malah, Ayman menegaskan tindakan Israel juga seolah-olah kebal daripada undang-undang antarabangsa.

Beliau turut menggesa menghentikan pengamalan dasar pilih kasih dalam menangani konflik Gaza.

Antara negara sekutu yang turut mendesak Israel supaya menghentikan serangan di Gaza adalah Perancis, dengan Presiden Emmanuel Macron menggesa Israel tidak melakukan serangan `tanpa peraturan’.

Pada 7 Oktober lalu, pejuang Hamas menyerang Israel sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 1,400 di wilayah haram itu.

Menurut Kementerian Kesihatan, lebih 5,700 rakyat Palestin yang majoritinya orang awam, terbunuh di seluruh Semenanjung Gaza dalam serangan udara Israel.

* GESA HENTI PERANG 

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa konflik Israel-Hamas di Semenanjung Gaza dihentikan sementara agar dapat menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang dikepung.

Amerika Syarikat (AS) bersama Kanada turut mendesak pergolakan dihentikan sementara bagi memberi ruang untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan yang penting.

Pada masa yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menggesa `gencatan senjata kemanusiaan’ dilaksanakan segera bagi mengelak bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api kehabisan di Gaza.  

White House dalam satu kenyataan memaklumkan Presiden AS, Joe Biden dan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menerusi panggilan telefon bersetuju melaksanakan diplomasi yang lebih luas untuk mengekalkan kestabilan di Asia Barat.

Mereka juga bersetuju bahawa usaha menyeluruh membabitkan semua pihak berkepentingan perlu diselaras bagi menghalang konflik semakin memburuk.

Selain itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau turut menyokong usul pemberhentian sementara perang bagi memikirkan semula konflik tercetus sejak 7 Oktober lalu.

* PELANGGARAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA   

Sementara itu, Guterres mendakwa berlakunya pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza dan menggesa gencatan senjata segera diisytiharkan.

Katanya, krisis itu memecah belahkan Majlis Keselamatan (UNSC) dan membelakangkan undang-undang antarabangsa yang wajib dipatuhi semua.

Guterres menegaskan, tiada alasan bagi serangan mengejut dilakukan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, namun ia tidak menjadi alasan untuk menghukum penduduk Palestin.

“Saya amat bimbang dengan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang sedang kita saksikan di Gaza.

“Biar saya jelaskan, tiada pihak dalam konflik bersenjata boleh melangkaui undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya tanpa menamakan Israel secara khusus.

Tambah Guterres, serangan Hamas tidak mungkin berlaku tanpa sebab memandangkan rakyat Palestin sejak sekian lama terkesan dengan kekejaman dan penindasan selama 56 tahun lalu. – AFP/REUTERS/AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya