BAITULMAQDIS: Israel menggesa rakyatnya segera meninggalkan Mesir dan Jordan, kata majlis keselamatan negara, hari ini, ketika ketegangan serantau semakin memuncak susulan perang di Gaza.
“Majlis Keselamatan Negara Israel meningkatkan tahap amaran perjalanannya untuk Mesir (termasuk Sinai) dan Jordan ke tahap 4 (ancaman tinggi) serta menyarankan rakyatnya tidak pergi ke negara-negara terbabit.
Notis itu dibuat hanya beberapa hari selepas Israel memanggil semula diplomatnya dari Turkiye sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga selain permintaan awal supaya rakyatnya juga meninggalkan negara terbabit.
Peperangan itu tercetus selepas pejuang Hamas menyerbu Israel dari Semenanjung Gaza, selain menjadikan lebih 200 penduduk sebagai tebusan dan membunuh sekurang-kurangnya 1,400 orang dengan kebanyakannya orang awam yang ditembak, dicacatkan atau dibakar hingga mati, menurut pegawai Israel.
Sejak itu, Israel berikrar untuk memusnahkan Hamas dan siri pengeboman yang dilancarkan sebagai tindak balas hingga mengakibatkan seluruh blok bandar ranap di Gaza, yang setakat ini membunuh 4,137 rakyat Palestin iaitu kebanyakannya membabitkan orang awam, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas. – AFP