Israel bersiap sedia lancar serangan darat di Gaza

Israel bersiap sedia lancar serangan darat di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Israel sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat ke atas Gaza, kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Menurut Netanyahu, keputusan berhubung bila tentera Israel akan menggempur Gaza melalui serangan darat akan diambil oleh mesyuarat perang khas.

Beliau bagaimanapun, enggan memberikan sebarang butiran mengenai masa atau maklumat lain mengenai operasi serangan darat itu.

“Kami sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat. Saya tidak akan menjelaskan secara terperinci masa, bagaimana atau bilangannya.

“Saya juga tidak akan menjelaskan perhitungan yang kami melakukan yang kebanyakannya tidak diketahui orang ramai,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa Israel bersetuju untuk menangguhkan serangan darat di Gaza buat masa ini bagi membolehkan Amerika Syarikat (AS) menghantar segera pertahanan peluru berpandu ke wilayah itu.

Laporan WSJ yang memetik kenyataan pegawai AS dan Israel melaporkan bahawa Pentagon sedang berusaha mengerahkan kira-kira 11 sistem pertahanan udara di wilayah itu.

Aset itu termasuk bagi kegunaan pasukan tentera AS yang ditempatkan di Iraq, Syria, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut laporan itu, pihak berkuasa Israel bersetuju dengan permintaan AS untuk menangguhkan serangan darat itu sehingga aset berkenaan ditempatkan yang dijangka pada minggu ini. – REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya