GAZA: Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari berkata, tentera Israel akan mempertingkatkan serangannya ke atas Gaza.
Pada sidang akhbar, beliau memberitahu pemberita bahawa Israel mahu meningkatkan serangan ke atas wilayah terkepung itu untuk membolehkan mereka meminimumkan risiko kepada pasukannya dalam peringkat peperangan seterusnya dan ia akan berlaku mulai hari ini.
Hagari juga mengulangi seruan agar penduduk Kota Gaza berpindah ke selatan wilayah itu, mengatakan ia adalah untuk keselamatan mereka sendiri.
Amaran itu dibuat ketika sama bantuan dibenarkan masuk ke Gaza dari Mesir buat pertama kali sejak perang Israel-Hamas meletus.
Walaupun beberapa pemimpin meraikan langkah itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan bantuan berkenaan masih belum cukup untuk memenuhi keperluan mendesak penduduk Gaza.