Internet dipulihkan di Gaza - Utusan Malaysia

Internet dipulihkan di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan pemantau data rangkaian masa nyata menunjukkan bahawa sambungan internet sedang dipulihkan di Semenanjung Gaza.

Perkara itu dimaklumkan kumpulan pemantau internet NetBlocks menerusia laman sosial X.

Beberapa wartawan di Gaza juga memaklumkan mereka sudah boleh membuat panggilan telefon dan mengakses media sosial.

Rangkaian komunikasi di Gaza terputus sejak petang Jumaat lalu.

Masalah itu menyebabkan Gaza hampir terputus sepenuhnya daripada dunia luar ketika Israel mengumumkan sudah memulakan peringkat kedua perang yang panjang dan sukar dengan Hamas.

Semalam, Penasihat Kanan Benjamin Netanyahu, Mark Regev memberitahu program BBC’s Today bahawa ia adalah tingkah laku standard untuk mengganggu komunikasi musuh.

Ditanya secara langsung sama ada Israel sengaja memutuskan komunikasi ke Gaza, Regev bagaimanapun tidak mengakui perkara itu.

“Saya tidak berkata begitu. Saya hanya berkata bahawa ia adalah amalan biasa yang dilakukan oleh tentera demokratik Barat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya