India rancang hantar angkasawan ke bulan

India rancang hantar angkasawan ke bulan 

NARENDRA MODI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India menyasarkan untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang 2040 dalam usaha meningkatkan pencapaian program angkasa lepasnya.

Perdana Menteri, Narendra Modi mengumumkan matlamat tersebut termasuk rancangan membina stesen angkasa menjelang 2035.

“India kini menyasarkan matlamat baharu dan bercita-cita tinggi, termasuk menubuhkan Stesen Angkasa Bharatiya Antariksha menjelang 2035 dan menghantar angkasawan pertama ke bulan menjelang 2040,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) kini dilaporkan sedang mengusahakan projek diberi nama Gaganyaan yang bertujuan menghantar angkasawan ke orbit sebelum membawa mereka kembali dengan selamat untuk mendarat di perairan India.

ISRO dilaporkan akan menjalankan ujian pertama misi itu Sabtu ini. 

Negara itu juga merancang untuk melancarkan siasatan ke bulan dengan Jepun serta mendaratkan kapal di Marikh.

India juga menyasarkan untuk menghantar misi orbit ke Zuhrah dalam tempoh dua tahun lagi.

Pada Ogos lalu, India menjadi negara pertama yang mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan dan pada September, melancarkan roket untuk mengkaji matahari.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya