India hantar 38.5 tan bantuan ke Gaza - Utusan Malaysia

India hantar 38.5 tan bantuan ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India menerbangkan 38.5 tan bantuan kemanusiaan ke wilayah Sinai di Mesir untuk membantu orang awam Palestin di Semenanjung Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar India, Arindam Bagchi berkata, sebuah pesawat pengangkut Boeing C-17 tentera udara India membawa hampir 6.5 tan bantuan perubatan dan 32 tan bahan bantuan bencana untuk rakyat Palestin berlepas ke lapangan terbang El Arish Mesir.

“Bahan itu termasuk ubat-ubatan penting yang menyelamatkan nyawa, barangan pembedahan, khemah, beg tidur, kain terpal, utiliti kebersihan dan tablet pembersihan air, ” kata Bagchi.

Tentera Israel menyerang Gaza dengan serangan bertubi-tubi sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Kempen pengeboman itu membunuh lebih daripada 4,300 rakyat Palestin, terutamanya orang awam dan memusnahkan banyak kawasan kediaman penduduk.

India sebelum ini mengutuk tindakan Hamas tetapi mengulangi kedudukannya untuk sebuah negara Palestin yang merdeka.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya