Hunan miliki kedai serbaneka paling menyusahkan di dunia - Utusan Malaysia

Hunan miliki kedai serbaneka paling menyusahkan di dunia

KEDAI serbaneka tergantung di tebing tinggi kawasan pergunungan Shiniuzhai di wilayah Hunan,China.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kawasan pergunungan Shiniuzhai di wilayah Hunan di China menjadi lokasi kepada sebuah kedai serbaneka yang paling menyusahkan di dunia.

Sebuah pondok kayu kecil yang terletak di tengah-tengah tebing menegak setinggi 120 meter itu boleh diakses pelawat menggunakan rel besi, tangga mendatar dan kabel.

Kedai unik itu dahulunya merupakan pondok aktiviti memanjat dinding batu yang dijadikan tempat berehat kepada peserta di tengah-tengah pendakian mereka sebelum sampai ke puncak.

Namun beberapa tahun lalu, pondok itu ditukar menjadi kedai serbaneka yang sangat luar biasa dengan menyediakan air serta jualan kuih bulan, soda dan jus.

Kedai serbaneka tergantung itu dilaporkan sudah dibuka selama bertahun-tahun, tetapi tular awal minggu ini dan mendapat perhatian beberapa saluran berita.

Rakaman video lokasi pondok tersebut yang dimuat naik di laman sosial Weibo kini dilaporkan menerima hampir 50 juta tontonan.

“Kedai serbaneka paling ‘menyusahkan’ di dunia melayani pelancong semasa perayaan pertengahan musim luruh yang sibuk dan cuti Hari Kebangsaan dengan memberi peluang untuk menghidrat serta mengalihkan fikiran mereka daripada kesukaran pendakian.

“Kedai kayu kecil itu terletak di sisi dinding tebing menegak dan hanya boleh memuatkan seorang penjual. Apabila tiba masa untuk mengambil stok, pekerja menggunakan tali untuk menarik bekalan dari bawah,” kata laporan itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya