Hezbollah, Hamas, Jihad Islam bincang misi tumpaskan Israel

Hezbollah, Hamas, Jihad Islam bincang misi tumpaskan Israel

SAYYED Hassan Nasrallah (kanan) bertemu Ziad al-Nakhala (dua dari kiri) dan Saleh al-Arouri  di Lubnan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan dilaporkan bertemu dengan pemimpin kumpulan pejuang Palestin dari Hamas dan Jihad Islam bagi membincangkan rancangan yang perlu dilakukan oleh pakatan mereka untuk mencapai kemenangan ke atas Israel.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Hezbollah, pertemuan itu melibatkan Pemimpinnya, Sayyed Hassan Nasrallah, Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Arouri dan Ketua Jihad Islam, Ziad al-Nakhala tanpa menyebut lokasinya.

“Para pemimpin membincangkan perkembangan terkini sejak bermulanya Operasi Taufan Al-Aqsa dan peristiwa-peristiwa yang menyusuli di semua bidang, termasuk konfrontasi merentasi sempadan antara Lubnan dan Palestin yang diduduki.

“Sayyed Hassan bersama Saleh dan Ziad menilai pendirian antarabangsa dan serantau serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh kumpulan Axis of Resistance.

“Mereka turut membincangkan rancangan dalam fasa kritikal ini untuk mencapai kemenangan habis-habisan dan menghentikan serangan kejam terhadap rakyat yang tertindas di Gaza dan Tebing Barat,” lapor media negara Lubnan Al-Manar memetik kenyataan itu.

Serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu membunuh sekurang-kurangnya 1,400 orang di dan mendorong tindakan balas yang mengorbankan lebih 6,500 penduduk di Gaza.

Sejak serangan itu, Hezbollah mengadakan pertempuran hampir setiap hari dengan tentera rejim Zionis di sepanjang sempadan Israel-Lubnan.

Kumpulan berkenaan mengumumkan dua lagi pejuangnya terbunuh kelmarin, meningkatkan jumlah kematian dalam barisannya kepada 40 orang sejak permulaan konflik.

Pada Selasa lalu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lebih 704 penduduknya, termasuk 305 kanak-kanak terbunuh ketika Israel meningkatkan pencerobohannya terhadap wilayah itu.

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) berkata, angka kematian pada Selasa lalu itu adalah angka tertinggi yang direkodkan dalam sehari sejak konflik bermula.

Di Tebing Barat yang diduduki, sekurang-kurangnya 104 orang turut terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel.

Di tengah-tengah kebimbangan konflik boleh merebak ke seluruh Asia Barat, tentera Israel berkata, jetnya turut membedil infrastruktur tentera Syria sebagai tindak balas kepada roket yang dilancarkan dari negara jiran itu.

Agensi berita Syria SANA memetik sumber tentera melaporkan, serangan Israel membunuh lapan tentera dan mencederakan tujuh yang lain berhampiran bandar barat daya Deraa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya