Hezbollah '10 kali kuat dari Hamas', Israel segera tingkat kawalan

Hezbollah ’10 kali kuat dari Hamas’, Israel segera tingkat kawalan

UNIT tentera dibawah Hezbollah menyertai perarakan dalam satu acara Hari Al-Quds di Beirut, Lubnan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengarahkan anggota tentera bersiap sedia di barisan hadapan wilayah utara bagi menentang sebarang serangan daripada kumpulan Hezbollah.

Gallant membuat kenyataan demikian dalam satu mesyuarat tertutup bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Lapor Agensi Anadolu, Gallant menegaskan persiapan diperlukan di barisan hadapan wilayah utara harus dilakukan segera memandangkan Hezbollah adalah `10 kali ganda lebih kuat dari kumpulan Hamas’.

Pada mesyuarat itu, beliau turut meminta pegawai kerajaan untuk memuktamadkan pemindahan aset ketenteraan ke barisan hadapan wilayah utara.

Berdasarkan kenyataan tentera Israel dan Hezbollah, kedua-dua pihak melancarkan serangan antara satu sama lain sepanjang hari.

Sekurang-kurangnya 10 pejuang Hezbollah terbunuh sejak keganasan tercetus di sempadan antara Lubnan dan Israel.

Ketegangan itu berlaku di tengah-tengah serangan udara Israel di Semenanjung Gaza berikutan serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas bandar sempadan Israel.

Sekurang-kurangnya 3,478 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, manakala lebih 1,400 orang maut di Israel sejak operasi bermula.

Hezbollah sudah banyak kali berperang dengan Israel, terbaharu pada 2006 yang mana kumpulan pejuang dari Lubnan itu melancarkan serangan roket ke arah beberapa bandar utama Israel.

Lebih 1,000 rakyat Lubnan terbunuh dalam konflik itu manakala sebahagian besar selatan Lubnan yang merupakan kubu kuat Hezbollah musnah akibat serangan Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya