Hampir 50 masjid di Gaza rosak akibat dibedil tentera Zionis - Utusan Malaysia

Hampir 50 masjid di Gaza rosak akibat dibedil tentera Zionis

gaza terkini
Runtuhan di Gaza - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY:  Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu mengakibatkan kemusnahan 47 buah masjid manakala tiga gereja rosak, kata pejabat media kerajaan tempatan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

“Pengeboman Israel juga merosakkan sebanyak 203 buah sekolah dan 80 bangunan kerajaan di Semenanjung Gaza,” kata pengarah pejabat media, Salama Maarouf dalam sidang media.

Beliau berkata, seramai 116 anggota perubatan, 18 petugas pasukan penyelamat dan kru pertahanan awam, selain 35 wartawan turut terbunuh dalam serangan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lebih 8,005 orang penduduk Palestin terbunuh.

Seramai 2.3 juta penduduk Semenanjung Gaza kini bergelut dengan kekurangan makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan akibat kepungan Israel ke atas wilayah itu.

Hanya beberapa trak bantuan dapat memasuki Gaza sejak pembukaan lintasan Rafah hujung minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya