Hamas lancar serangan balas baharu ke Tel Aviv selepas Zionis bedil kem penduduk awam - Utusan Malaysia

Hamas lancar serangan balas baharu ke Tel Aviv selepas Zionis bedil kem penduduk awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pejuang Hamas melakukan serangan baharu ke Tel Aviv dengan melancarkan sejumlah roket selepas tentera Zionis membedil kawasan yang dipenuhi penduduk awam di wilayah ini.

“Briged al-Qassam melancarkan roket ke Tel Aviv sebagai respon kepada serangan Israel di dua kem penduduk awam di al-Shati dan Jabalia,” menurut kumpulan pejuang itu.

Koresponden AFP pula melaporkan puluhan roket dilancarkan tentera Israel ke arah kem al-Shati dalam tempoh 30 minit pada pagi ini.

“Zionis melakukan pembunuhan beramai-ramai pada pagi ini di al-Shati dan Jabalia, menyebabkan puluhan penduduk Palestin terbunuh serta cedera.

“Sekurang-kurangnya enam bangunan musnah dalam serangan tersebut,” kata jurucakap Hamas, Iyad-al-Buzum.

Setakat ini, lebih 1,200 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, manakala Zionis turut mendakwa 1,200 penduduknya terbunuh diserang Hamas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya